Proses menyemai biji benih.
- Rendam biji benih di dalam larutan air yg di campur pencambah benih selama tidak lebih 3 jam.
- Ambik surat khabar dan renjiskan air dari rendaman tadi sehingga lembab.
- Letakkan biji benih yg telah direndam tadi di atas surat khabar tadi dan lipat.
- Simpan lipatan surat khabar bersama biji benih di dlm bekas kedap udara selama 3 hari wap air akan terbentuk di dalam bekas simpan lipatan tadi.
- Pada hari ke 3 buka bekas simpanan tersebut dan lihat samada biji benih yg di semai sudah mengeluarkan tunas dan akar.
- Jika ada biji benih yg belum bercambah, simpan kembali ke dalam bekas dan tunggu sehinga cukup 5 hari. Sekiranya benih tidak bercambah sehingga cukup 10 hari, maknanya benih tersebut telah rosak.
- Sekira benih sudah bercambah seperti di dalam gambar di bawah, boleh lah di pindahkan ke dalam tray semaian dan di semai bersama peatmoss.
- Benih yg sudah tumbuh bersama 3 pucuk daun selepas 2 minggu baru bole di pindah ke dlm polybeg atau pasu atau tanah.
Selamat mencuba.