Pages

Wednesday, January 14, 2015

Cara menyemai benih

Proses menyemai biji benih.

  1. Rendam biji benih di dalam larutan air yg di campur pencambah benih selama tidak lebih 3 jam.
  2. Ambik surat khabar dan renjiskan air dari rendaman tadi sehingga lembab.
  3. Letakkan biji benih yg telah direndam tadi di atas surat khabar tadi dan lipat.
  4. Simpan lipatan surat khabar bersama biji benih di dlm bekas kedap udara selama 3 hari wap air akan terbentuk di dalam bekas simpan lipatan tadi.
  5. Pada hari ke 3 buka bekas simpanan tersebut dan lihat samada biji benih yg di semai sudah mengeluarkan tunas dan akar.
  6. Jika ada biji benih yg belum bercambah, simpan kembali ke dalam bekas dan tunggu sehinga cukup 5 hari. Sekiranya benih tidak bercambah sehingga cukup 10 hari, maknanya benih tersebut telah rosak.
  7. Sekira benih sudah bercambah seperti di dalam gambar di bawah, boleh lah di pindahkan ke dalam tray semaian dan di semai bersama peatmoss.
  8. Benih yg sudah tumbuh bersama 3 pucuk daun selepas 2 minggu baru bole di pindah ke dlm polybeg atau pasu atau tanah.